Saturday, March 14, 2015

Ailurophobia

Saya seorang Ailurophobia. Apakah? Bahasa senang, saya seorang yang fobia kucing. Hah gitu!
Pantang kucing datang dekat, Tira lari sebatu jauhnya. Tapi biasanya kat kedai makan memang tak boleh lari. Kadang2 ada je kucing datang bergesel kat kaki. Fuh! Automatik hilang selera, muka pucat dan bangun dari kerusi. Haha! Time tu tak peduli dah reaksi orang sekeliling. Yang penting dapat selamatkan diri dari kucing.

Kalau makan dengan ayah, bila ada kucing je, ayah akan tolong halaukan. Sebab dia tahu anak dara dia sorang ni penakut yang amat! *sayang ayah* Kalau ibu pulak, dia tolong gelakkan je bila tengok Tira dah lari2. Haha!! Sampai hati.

Walaupun anak kucing secomel ni yang datang, daku tetap akan melarikan diri. Uhuuuuiiiii! Takutlah! Sila jangan datang dekat!

Tapi orang kata kucing lebih suka datang pada orang yang takutkan dia. Ada betulnya jugak. Kadang2 makan dengan kawan2, dengan family, kucing yang ada cuma datang kat Tira je. Sebabnya orang cakap, kucing ni ada macam 6th sense. Dia boleh tahu orang takut kat dia ke tak. Huhu!

Entah.

2 comments :

yen(toka ziizokukuto) said...

ailuro phobia,,,hmm nice info...baru tahu,,,ada gak memember yg takut kucing,,sampai menangis nangis fobia,,,,,dah sampaii tahap camtu tak??

Diyana Annuar said...

athira kalau berkawan dgn ain,, mesti akan jadi berani dgn kucing... sbb ain ni giler kucing.. suka kucing.. ain ada 3 org kawan yg mcm athira.. nampak kucing mcm nampak harimau..ain x give up bagi dorang berani dgn kucing walaupun dorang menjerit bagai... makan masa bertahun gak.. now salah seorang dah bela kucing kat umah.. sorang lagi dh berani pegang n jalan sebelah kucing.. sorang lagi masih liat sket... tp dh reti nak kontrol.. nampak kucing dh tak jerit2 mcm biasa... huhuhu...

 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol