Tuesday, March 31, 2015

Quote #1

Renungkan...

Akhirnya, Tempoh Menganggur Bakal Tamat!

Alhamdulillah. Itu yang mampu aku ucap. Lepas 4 bulan menganggur, lepas 4 bulan stress duduk rumah sebab tak ada income, lepas 4 bulan aku dok perabih kan saving, akhirnya esok segalanya bakal tamat!
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Walaupun ia 1 bidang kerja baru bagi aku, walaupun gaji tak dapat macam yang aku nak, tapi itu rezeki aku. Alhamdulillah :')
Dekat dengan rumah, adik akan hantar dan ambik. Kakaknya ni ada lesen tapi takut nak drive dan takda kereta sendiri. Jadinya terpaksa minta belas ehsan adik. Nantilah, aku bagi upah setiap bulan. InsyaALLAH lepas 3 4 bulan bekerja, plan nak beli kereta sendiri. 
Dan aku takkan lupa 2 niat utama yang aku dah tanam dalam hati kalau dapat kerja. InsyaALLAH bakal dilunaskan :)
Mohon korang doakan aku. Doakan supaya segala urusan dipermudahkan. Doa supaya aku dapat ramai kawan baru yang baik-baik, dapat belajar ilmu baru, dapat selesaikan kerja-kerja dengan cemerlang. Doakan aku tau!
Bismillah. Semuanya hanya kerana Allah s.w.t.

GST oh GST

Esok GST bakal dilaksanakan. Esok kan 1 April. Huhu... Bila scroll timeline fb, ramai kawan2 yang update diorang pegi beli barang2 keperluan harian. Penuh setroli barang2. Aduhai! Penangan GST, shopping mall sejak gaji hari tu.
Malas komen panjang. Rata2 tak bersetuju dengan pelaksanaan GST ni. Sejujurnya, aku juga kurang bersetuju. Mungkin sebab aku masih tak faham. Macam mana nak faham kalau dalam iklan sibuk kata harga barang turun tapi pergi mana2 harga barang dah naik??! Parking pun dah start charge 6%. GST charge katanya. Hurmm...
Kita sebagai rakyat, tunggu dan lihat je macam mana ekonomi negara selepas ni. Cuma aku doa supaya GST ni tak membuatkan yang miskin terus miskin, yang hidup selesa jatuh miskin dan yang kaya terus kaya raya. 
Wallahu'alam.

Monday, March 30, 2015

Menulis? Semangat Kena Kuat!

Aku minat menulis. Dari zaman sekolah lagi aku suka gilerrr kalau cikgu suruh buat karangan. Ha kau! Idea mencurah-curah! Lepas habis belajar pernah aku cuba menghasilkan sebuah naskhah. Kekonon nak jadi penulis novel. Half way siap! Tapi setakat tu je. Bila kemalasan melanda diri, memang naskhah tu diabaikan je. 
Tapi. Tapi. Tapi. Lately semangat menulis tu datang balik. Entah semangat separuh jalan atau semangat sepenuh hati. Hehe! Idea ada, tapi aku risau kalau bila mula menulis, semangat tu hilang. Dari segi idea alhamdulillah sentiasa ada. Cuma kena tapis sebab tak semua idea boleh pakai. 
Ni macam nak menulis balik. Nak tapi risau. Nak tapi takut. Takut nanti malas nak habiskan.
Hurmm....

Klisye

Dulu2 aku peminat novel. Masa usia remaja lah. Tapi sejak setahun yang lepas, aku dah kurang membaca novel2. Malah apa2 novel yang terbaru di pasaran pun aku dah tak ambil tahu. Kalau ke kedai buku, jarang sangat aku ke bahagian novel2. Tengok sebelah mata je. Kenapa ek??

Sekadar pendapat. Mungkin minat terhadap novel dah berkurang sebab lambakan novel yang jalan ceritanya sangat klisye! Maaf. Ini pandangan ikhlas dan datang dari lubuk hati yang paling dalam. Cewah! 
Hero hensem, heroin cantik bak model, hero kaya, heroin miskin. Plot ceritanya sama. Kahwin paksa/kontrak, mula2 benci lama2 cinta. Konflik yang macam takda kesudahan. Happy ending. Apakah??????
*sekadar gambar hiasan*
Hidup ni tak seindah jalan cerita novel. Tak salah rasanya kalau penulis2 novel bentangkan suatu realiti kepada anak muda sekarang. Jangan sogok anak muda dengan cerita fantasi je. Sesekali buat mereka sedar yang hidup ni ada dugaan, ujian, dan ada kepahitan. 
Mungkin tu salah 1 punca minat aku pada novel semakin berkurang. Tapi mungkin juga usia jadi faktor utama. Yelah, dulu aku remaja tapi sekarang nak masuk 3 series. Jadi fikiran makin matang dan minat pun dah lain. Dulu2 syok lah aku melayan cerita2 fantasi ni. Tapi sekarang, sorryyyyy!
Melainkan kalau jalan ceritanya lain dari yang lain, memang aku tak teragak-agak untuk beli. Ada 1 novel dari rakan blogger yang aku nak beli nanti. Tajuknya 'BUNUH'. Baca sinopsis memang lain dari yang lain. Nak pulak aku memang peminat beliau. Novel pertama beliau pun plot cerita tak klisye. Seronok baca!
Maaf ye peminat tegar novel sekalian. Aku bukan kutuk minat korang tapi aku cuma bagi pendapat tentang lambakan novel yang kurang bermanfaat di pasaran sekarang. Minat korang aku hormat. Membaca tu amalan yang bagus kan ^_^


Sunday, March 29, 2015

Buku Pilihan: DIAgnosis

Dulu aku merasakan bergelar Doktor ini hebat. Betapa bertuahnya dapat menyarung white coat, mengendalikan pembedahan2 besar. Pasti mereka bangga.

Ya. Mereka memang hebat! Tapi aku lupa untuk berfikir sejenak cabaran2 yang harus mereka tempuhi. Tika kita enak diulit mimpi, mereka masih berjaga merawat pesakit. Saat kita bergembira meluangkan masa dengan yang tersayang, mereka terkejar ke sana sini menguruskan hal2 kecemasan. Besar pengorbanan mereka. Tetapi ada manusia2 yang sewenang-wenangnya mencaci, mengherdik para doktor & jururawat yang bertugas. Allah! Betapa sedihnya hati mereka bila pengorbanan dan penat lelah dibalas sebegitu rupa.

Buku ini, DIAgnosis...mengajak aku belajar, terma2 yang biasa digunakan seorang doktor. Ilmu bertambah. Biarpun mungkin suatu hari aku akan terlupa dek kerana aku bukan doktor yang akan selalu menyebut dan menggunakan terma2 tersebut.

DIAgnosis mengajar aku rasa syukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Hati kita adakala jahat. Merungut itu ini. Tapi baca saja kisah2 di dalam buku ini, baru aku buka mata. Ada kehidupan yang lebih susah dari aku. Ada dugaan yang lebih hebat dari apa yang aku lalui.

DIAgnosis menyedarkan aku, segala pekerjaan/tugas, jika diniatkan kerana Allah s.w.t. pasti akan dipermudahkan. Segalanya! Sifat kebergantungan para penulis kepada Allah, membuatkan aku kagum. Setiap langkah & perlakuan mereka dimulakan dengan lafaz Bismillah. Sedangkan aku sendiri adakalanya lupa melafazkan kalimah itu tatkala memulakan sesuatu. Astaghfirullah....

Paling terkesan di hati, DIAgnosis mengingatkan aku tentang KEMATIAN! Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itu janji Allah. Cuma bila dan bagaimana, semuanya rahsia Dia Yang Satu.

Kawan2...jika anda inginkan sesuatu yang memberi inspirasi, motivasi & semangat buat anda. Inilah dia. Buku ini mengajar anda sifat kasih sayang, saling menghargai sesama kita, selain mengingatkan anda kepada perkara2 yang seringkali kita lupa dek terlalu mengejar duniawi.
Betapa kagum dan hormatnya aku dengan 3 penulis ini. Moga mereka memperoleh pahala berlipat ganda dari Allah s.w.t.

Terima kasih Dr. Anwar.
Terima kasih Dr. Aizzat.
Terima kasih Dr. Azah.

Thursday, March 26, 2015

Kisah Interview

Kisah 1
Interview pukul 10am. Calon sampai company tu 9.30am. Siap isi borang dalam masa 15minit. Tunggu. Tunggu. Tunggu. 10.30am baru interviewer munculkan diri.

Kisah 2
Interview 4pm. Calon tiba di office 3.30pm. Masa si calon sampai, interviewer ada dalam 1 bilik tengah interview sorang calon lain. Si calon settlekan isi borang. Siap! Calon yang lain tadi dah habis interview (sebelum jam 4). Tapi? Interviewer boleh buat dek dekat calon yang sedang menunggu giliran. Dia duduk dalam bilik dia, tak keluar2. Tunggu tunggu dan terus menunggu. Si calon mula resah memikirkan jalan dah mula jem. Jalan KL, faham2 sendiri lah. 4.15 tiada panggilan. 4.30pm, masih tiada. Last2 calon angkat beg dan blah sambil menghamburkan kemarahan pada receiptionist. "I can't wait any longer! Can you open the door for me please!"

Just my 2 cents...

Ya. Memang kami calon yang hantar resume, datang untuk di-interview. Tapi kami bukan pengemis. Kalau dah janji pukul 10, pukul 10 tolonglah munculkan diri. Janji pukul 4, pukul 4 sila standby. Interview calon juga 1 kerja, ibadah. Lewat-lewatkan, sendiri tanggung.

Lagi satu, kalau interviewer ada kerja urgent, tolong inform atau minta receiptionist inform pada calon. Jangan biarkan calon tercongok kat office tu macam tunggul.

Bayangkan kalau calon tu ada hal lain lepas interview session. Kita boleh estimate sendiri. Kebiasaannya paling lama bersoal jawab pun dalam sejam atau sejam setengah. Kalau diorang dah janji dengan orang lepas tu? Atau lebih teruk kalau dia ada interview session yang lain lepas tu, macam mana?

Come on lah. Kalau calon datang tepat2, kena marah sebab lewat katanya. Nak isi form bla bla bla. Tapi bila calon datang awal, dilengah-lengahkan. PUNCTUALITY is very IMPORTANT! Hormat orang lain sebelum korang minta untuk dihormati.

Wallahualam.

Tuesday, March 24, 2015

Segmen Blogwalking #Part3

Mari mari mari! Hari ni hari Tira bersegmen segala bagai. Kalau ikutkan nak story mory pasal tempat menarik di Sabah. Sambungan 2 entry sebelum ni. Tapi malas punya pasal, kita join segmen aje lah ye.

Moh sape nak join klik banner.
Jom BW! Selamat berkenalan semua!

Segmen Pencarian Bloglist April-Mei 2015

Lama gilozzz tak join GA/Segmen. Ada setahun kot. Tapi kali ni nak join sebab Tira pembaca setia & pengomen tegar blog Maria Firdz.

Sape nak memeriahkan lagi segmen ni klik klik kat banner okeh.
Good luck everyone!

Sunday, March 22, 2015

Kepentingan Air Mineral

Antara air yang dimasak sendiri di rumah, dengan air mineral, mana 1 jadi pilihan korang? Tira lebih suka air mineral. Sebabnya air mineral membantu cuci buah pinggang kita dengan lebih cepat sebab molekul di dalamnya lebih halus. Kalau air yang kita masak sendiri tu, molekul besar tau jadi proses tu lambat bebenor!

Selain tu, air mineral mengandungi elektrolit. Apa fungsi elektrolit ni? Dah dah. Tak payah sibuk2 nak bukak buku sains, meh nak bagitau.
Elektrolit ni penting untuk jaga keseimbangan PH dalam tubuh kita, selain mengatur kadar air dalam badan. Untuk menggerakkan fungsi2 otot pun elektrolit ni diperlukan. Nampak tak betapa pentingnya elektrolit ni. Air putih TIDAK mengandungi elektrolit ye anak2. Jadi minum air yang dimasak kat rumah tu macam takda makna gitu. Huhu...
Bagi sesetengah orang mungkin tak dapat telan air mineral ni sebab rasa payau2 sikit. Tapi try je minum banyak2 kali. Nanti korang akan rasa air mineral tu sama je macam air putih.
FAKTA AIR MINERAL:
  • air mineral dapat membantu mengatasi beberapa penyakit spt alergic, depresi, masalah pencernaan, sembelit, dll.
  • membantu membuang toksin 
  • membantu mengawal tekanan darah kerana mengandungi Magnesium di dalamnya.
Malas beli mineral water sebab mahal? Nak jimat? TEKAN SINI CEPAT!

Note: Segala info adalah dari hasil bacaan penulis sendiri. Tidak ada tokok tambah di mana-mana. 


Sunday, March 15, 2015

Kembar 3

Adik2 dengan kak ipar selalu cakap nanti kalau Tira kawen, mesti dapat anak kembar 3. Rasa beratus kali kot diorang dok main2 sebut macam tu. Kadang risau kalau jadi betul2. Kadang rasa macam best pulak. Beranak sekali ha amek kau keluar 3 terus! Haha!

Tapi sanggup nak jaga? Jaga anak buah sorang pun berpeluh, ada hati hati nak jaga si kembar tiga. Adeh!

Saturday, March 14, 2015

Ailurophobia

Saya seorang Ailurophobia. Apakah? Bahasa senang, saya seorang yang fobia kucing. Hah gitu!
Pantang kucing datang dekat, Tira lari sebatu jauhnya. Tapi biasanya kat kedai makan memang tak boleh lari. Kadang2 ada je kucing datang bergesel kat kaki. Fuh! Automatik hilang selera, muka pucat dan bangun dari kerusi. Haha! Time tu tak peduli dah reaksi orang sekeliling. Yang penting dapat selamatkan diri dari kucing.

Kalau makan dengan ayah, bila ada kucing je, ayah akan tolong halaukan. Sebab dia tahu anak dara dia sorang ni penakut yang amat! *sayang ayah* Kalau ibu pulak, dia tolong gelakkan je bila tengok Tira dah lari2. Haha!! Sampai hati.

Walaupun anak kucing secomel ni yang datang, daku tetap akan melarikan diri. Uhuuuuiiiii! Takutlah! Sila jangan datang dekat!

Tapi orang kata kucing lebih suka datang pada orang yang takutkan dia. Ada betulnya jugak. Kadang2 makan dengan kawan2, dengan family, kucing yang ada cuma datang kat Tira je. Sebabnya orang cakap, kucing ni ada macam 6th sense. Dia boleh tahu orang takut kat dia ke tak. Huhu!

Entah.

Friday, March 13, 2015

Shaving vs Waxing

Dah kenapa tajuk tu? Takda tajuk lain ke? Eh, blog ai suka hati ai lah. Hehe! Ok, entry ni bukan nak memalukan sesape atau bukan saje2 macam tak jaga sensitiviti tau. Mohon korang open minded sikit ye. Benda normal je ni.

Dari pemerhatian Tira, ramai pilih shaving instead of waxing. Kenapa? Sebab katanya waxing tu sakit. Waxing tu leceh. Waxing tu bahaya. Macam2 lagi lah. Haaaa ni nak bagitau sikit.

Waxing lebih BAGUS berbanding shaving. Kenapa?

  • Waxing cabut sampai akar sedangkan shaving cuma menghapuskan 'hair' di permukaan kulit je.
  • Waxing buatkan 'hair' tumbuh lebih halus dan lebih lambat. Biasanya 2 minggu baru nampak balik 'hair' tu. Kalau shaving, 'hair' tumbuh lebih lebat & kasar.
  • Waxing takkan buat area kulit tu hitam. Sape2 yang selalu shave, cuba tengok kulit tu especially armpit, hitam kan? Tak lawa hokeh!
Ada banyak waxing product kat pasaran sekarang. Ini yang Tira guna. 
Norah Hair Removal
NHR ni organic tau. Berasaskan madu. Pernah tutup tak rapat, mak oi!! Semut berduyun-duyun datang. Cuai lagi, padan muka! Yang ni korang kena rendam dulu botol tu dalam air panas mendidih. Bila wax tu dah cair sapu kat mana2 area korang nak. Then dalam 1 set ada kain cotton & stick kayu ala2 batang aiskrim. Sapu, lekatkan kain, tarik selaju mungkin. Fuh! Best!
Veet Wax Strips
Ini pun Tira guna jugak. Kalau macam NHR tadi, korang kena panaskan tapi yang ni ready-to-use. Kalau travel sesuai sangat kalau nak bawak Veet ni. Sebab tak payah panas2 kan. Tapi kalau kat rumah, Tira guna je yang NHR tadi tu. 

Sakit tak kalau waxing?
Tak. Kalau first timer mungkin sakit sikit. Sikit aje. Pernah kena gigit semut tak? Hah macam tu je rasanya. Sakit pun kejap sangat, tak sampai seminit.

Bahaya tak?
Pun tak. Ada yang dok imagine macam2. Kekonon nanti kulit tercabut sekali. Hoi! Melampau tau imaginasi korang. Haha! Bukan korang biar sehari suntuk pun wax tu kat kulit korang. Lekatkan kejap je, pastu tarik lelaju. Hah! Selamat ^_^

Jelas tak? Best tau waxing ni. Jom tukar kepada waxing!

Mana nak cari products ni?
Veet: Guardian, Watson
NHR: https://instagram.com/organichairremoval/ (usha IG ni, nanti korang boleh tengok list agen terdekat)

***Ini bukan review berbayar. Tira just nak share product yang Tira guna sahaja. TQ.

Thursday, March 12, 2015

Off to Sabah ^_^

Yeah! Finally saat dinanti bakal tiba. Plan dari last year  tau tak. Tak sabarrrrrr!!!

InsyaALLAH esok Tira & family akan ke Sabah. Cuti2 Malaysia. Dan dalam seminggu tu jugak segala post adalah auto-post ye. Nanti dah balik Tira terjah balik sesape yang sudi singgah blog ni.

Doakan kami ye!

Tuesday, March 10, 2015

Mata Tak Berhijab by Zulkifli Ahmad Idrus

Sape suka baca kisah seram? Tira suka! Start minat baca cerita2 seram ni bila baca novel Angkara Saka karya novelis Zaifuzaman Ahmad. Ada yang berkongsi minat dengan tira tak?? Meh nak share sikit.
Korang harus, wajib terjah blog Mata Tak Berhijab ni. Serius banyak sangat kisah seram yang boleh bagi bulu roma korang tegak berdiri! Tira baca siang2 pun rasa semacam aje. Inikan pulak kalau baca malam2. Uhuiii!!! Tak berani.
Penulis blog ni, Zulkifli Ahmad Idrus tapi tira panggil Apak aje. Nama glemer gitu! Beliau ni memang alami sendiri cerita yang ditulis. Bukan saja suka suka hati reka tau. Kalau tak percaya, boleh baca pengalaman beliau dalam blog tu. Kisah2 yang beliau alami ni diterbitkan dalam bentuk buku. Dah ada 3 siri dan siri ke-4 on the wayyyyy!
Tengok betul2. Cover novel je makin seram. Kisah2 dalam tu tak payah cakaplah. Confirm lagi best, lagi mantap, lagi buat korang tak boleh tidur malam. 
Ok. Ini tips bagi sesiapa yang nak baca kisah seram tapi acah acah berani. Yelah, tak semua kuat semangat kan. Amalkan ni tau. Tips exclusive dari penulis Apak. Hehe!
1) Selawat
2) Ayat Kursi
3) Bismillah 21x
4) Al-Fatihah 7x
5) Al-Ikhlas 7x
6) Belajar ilmu pertahankan diri yang bersih dari tahyul & khurafat
Oh! Selain daripada dapat lari jauh dari kisah2 cinta yang mengarut merepek, korang jugak boleh dapatkan tips2 menarik dalam blog beliau. Tadi baca salah satu kisah, tup tup dapat tahu cara macam mana nak pastikan samada restoran/kedai makan yang kita pegi tu amalkan ilmu pelaris ke tak. Info berguna tu.
Ok dah. Tu je nak story mory. Nak sambung baca blog Mata Tak Berhijab tu balik. Korang pun kena baca tau! Memang lain dari yang lain. Tata!

Monday, March 9, 2015

Daging Black Pepper

Nak share resepi! Masa ibu ayah pegi Miri, tira masakkan Daging Black Pepper untuk adik2 dan si dia :) First time cuba dan dapat positive feedback! Yeay!!!

Bahan-bahan:
Daging lembu (hiris nipis)
Black pepper (ditumbuk)
Cili benggala/Capsicum (hijau/merah/kuning)
Kentang (potong kecik2 comel)
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Garam (secukup rasa)
Minyak utk menumis

Cara-cara:
1) Rebus daging sampai empuk. (Petua, kalau nak cepat empuk letak sudu besi dalam periuk tu sekali)

2) Lepas daging empuk, panaskan minyak dan tumis halia & bawang putih.

3) Bila dah naik bau, masukkan black pepper yg dah ditumbuk tadi. (Ikut koranglah nak letak banyak mana. Kalau nak pedas, letak lebih tau.) Bubuh garam.

4) Lepas tu, masukkan daging. Gaul sampai rata. Biarkan dulu. Nanti daging tu keluarkan air tau. Kalau nak berkuah, jangan biar sampai air tu kering.

5) Agak2 air daging tadi tu dekat nak kering, masukkan pulak kentang yang korang dah potong kecik comel tadi. hehe! Biarkan, kasi kentang empuk.

6) Last sekali masukkan bawang besar & capsicum yang dah dihiris. Gaul gaul gaul. Biar sebati.

7) Tutup api, siap! Hidangkan dengan nasi panas2.

Hari tu tira masak 1 lauk ni je. Pemalas lah katakan. Heee~~~ Tapi adik2 siap ratah lagi. Yeehaaa!!!
*tira takda sukatan. Pakai campak2 je. pandai2 lah korang yeeee.

Selamat mencuba!

Sunday, March 8, 2015

Hubungan Dirapi, Manfaat Dinikmati

Apa benda lah tajuk tu kan? Meh nak habaq mai! "Hubungan Dirapi, Manfaat Dinikmati" ni kekonon ala tema untuk 1 program kemasyarakatan anjuran pelajar-pelajar Degree UUMKL, Sem 4 Januari 2015. Pandai depa buh nama. Sedap gitu! 

Program ni ada 2 sesi. 1st session masa diorang sem 3 (maafkan daku kalau tersalah). Dan tak lama lagi 2nd session bakal bermula. Butiran lanjut untuk 1st session tu, korang boleh klik SINI CEPAT! Pegi baca kat situ sebab kali ni tira nak cerita untuk program yang bakal berlangsung je.
Ok, tu detail program. Ada 2 tujuan utama kat sini.

1) Pembinaan pagar di sekeliling Tanah Perkuburan Islam Kg Pasir Baru, Semenyih.
2) Ubah suai pejabat guru SKRA Kg Pasir Baru

Anggaran peruntukan yang diperlukan lebih kurang RM30K untuk kedua-dua kerja.

Jadi sesape yang bermurah hati, berniat nak kongsi rezeki tapi tak tahu nak salurkan ke mana, boleh lah sumbangkan untuk program ni. Tak banyak, sikit pun takpe. At least dapat membantu kan ^_^

Kalau berminat untuk menderma, boleh roger2 
Mohd Ezreen (Bobo), 012-7358672.

"Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat ganda"

Wassalam.


Al-Fatihah

Al-fatihah buat pelakon & pelawak
Harun Salim Bachik.
moga roh nya tenang di sisi Allah s.w.t.
moga diampunkan segala dosa dan diterima segala ibadah.
Aamiin.

Saturday, March 7, 2015

...

Pernah tak kau rasa sakitnya dikhianati
Perit, pedih.

Pernah tak kau rasa dilayan ibarat sampah
Rasa macam tak berguna
Tak diperlukan.

Pernah tak kau diibaratkan terhegeh-hegeh pada seseorang
Malu yang tak dapat diungkap.

Pernah tak kau rasa diketepikan oleh seseorang yang kau sayang
Kecewa, sedih.

Dan pernah tak kau angankan
Di saat kau bangkit dari tidur
Segala beban yang kau pikul
Segala rasa yang memberat di hati
Segala masalah yang kau hadapi
Hilang sekelip mata.

Angan-angan.

Friday, March 6, 2015

Pahala setelah mati...

Salam Jumaat semua :)

Just nak share kata-kata dalam gambar tu dan kaitannya dengan blogger. 

Blogger memang suka menulis. Meluahkan pendapat selain berkongsi cerita tentang hidup masing2. Tapi tak kurang yang suka bergosip di blog sendiri. Ooopsss! 

Suka tira ingatkan, kita semua akan pergi bertemu pencipta kita, tapi apa yang kita tulis akan kekal di sini (melainkan korang delete sebelum mati lah). Apa salahnya kalau kita mula menulis sesuatu yang baik, memberi manfaat dan nasihat menasihati sesama kita.

At least, kalau 10 followers kita buat apa yang kita pesan, dan selagi ada orang yang membaca nasihat dari kita tu, kita juga insyaALLAH akan dapat pahala. Senang kan?

Ini cara palinggggggg senang untuk buat baik. Pahalanya berterusan. Kebaikan lain pun ada jugak, contohnya macam wakafkan Al-Quran, telekung kat surau/masjid. Sedekah. Macam2 lagi cara kalau nak buat kebaikan. 

Dan sebagai blogger, tira rasa kita patut rebut peluang untuk buat kebaikan, walaupun lepas kita takda atas muka bumi Allah ni. Jom mula dari sekarang! 

Thursday, March 5, 2015

Hokkaido Cake

Sape pernah makan Hokkaido Cake? Macam ni rupa dia.
Kek ni lembut sangat! Ada cream kat dalam. Krim jagung. Tira first time makan ni sebab kak ipar yang ajar. Serius sangat sedap! Sekali makan mesti nak lagi!
Jual dalam box macam ni. 1 box ada 6 pcs Hokkaido Cake. Tira tak tahu lah kek ni asal dari Jepun ke hape. Sebab nama Hokkaido tu pun ala2 Jepun kan? Sape nak try boleh pegi cari kat King's ataupun Pistachio. Tapi dari tekak tira ni rasanya yang King's punya lagi sedap. Weehooo!!

Wednesday, March 4, 2015

Let it go

Semalam SPM result keluar kan. Dan salah seorang penerima result tu dah tentulah adik tira. Alhamdulillah. Semuanya ok. Walaupun tak cemerlang macam sesetengah students lain, tapi kami tetap bangga. 

Well, mesti ada yang frust menonggeng sebab tak achieve target. Kan kan??? Normal lah tu. Always bear in mind, although you plan well, Allah also plan. And Allah is the best planner. Pasti ada hikmah. Jangan frust frust. SPM is not the end of everything, instead it is just a new beginning. Chill lah!

Start focus on your future. Kalau result tak bagus, let it go. Benda dah lepas. Nak diulang pun tak boleh kan. So tak payah pening2 kepala fikir pasal result tu lagi. Ramai yang result SPM tak bagus mana tapi berjaya jugak. Ada tu yang lebih berjaya dari orang yang result SPM cemerlang. 

Start with Bismillah and plan your future. Allah will always with you. Selamat merencana masa depan adik-adikku!

Monday, March 2, 2015

Design blog by Syakirah Rashid

Macam yang dijanjikan semalam, kali ni tira nak share tentang design blog dan designer nya sekali. Weehoo!!

Okeh! Design blog kali ni tira tempah dari adik SYAKIRAH RASHID
To be honest sangat senang bekerjasama dengan adik Kiera. Tira just inform apa tema yang tira nak. Simple je. Bagitau warna, bagitau tak nak kartun, doodle dll, nak design simple, dan ambil 1 blog rujukan dari portfolio dia. Lepas beberapa hari, tadaaaa!!!! Siap! Dan tira takda minta dia edit apa2 lagi dah. Sebab semuanya sesuai dengan apa yang tira nak. 

Maka ini lah dia blog baru ai olzzzz!!! :D

Kenapa tira pilih adik Kiera?
Sebenarnya tira ada banyak pilihan. Pernah bekerjasama dengan beberapa orang designer blog macam Aini & adik Mas. Tapi Kiera jadi pilihan sebab.....

Sebelum ni tempah dengan Aini, dia bagi discount kaw2 sebab dah kenal lama. Tempah dengan adik Mas pun macam tu jugak. Serba salah dibuatnya. Rasa tak sedap hati sebab itu effort diorang tapi habis segala benda dapat discount. Sebab tu tempah dengan adik Kiera. 

Kenal Kiera dah lama, dulu dia pernah edit blog tira secara percuma sebab jadi sponsor Giveaway dia. Memang bajet takkan dapat discount lah. Yakin nih! Tetiba tetapppp ada discount. Bukan sikit2. Huhu! Dah lah hasil kerja over memuaskan. Siap tanya takpe ke ni bagi akak discount. Takpe katanya. Sebab dah lama kenal bak kata dia. 

Allahuakbar. Itulah orang kata rezeki. Ikut celah mana pun kalau dah rezeki kita, tetap kita akan dapat kan? Alhamdulillah. 

Thank you so much Kiera. Moga murah rezeki Kiera. Dan semoga murah juga rezeki designers yang pernah edit blog tira ni. Thank you again :')

New look. I'm back!

Fuh! Lamanya tak update blog. Bila penyakit 'M' melanda, memang langsung tak pedulikan blog tercinta. Tapi since last week entah kenapa hati meronta-ronta nak menaip balik. Rindu blog. Rindu kawan2 kat sini. Rindu nak share cerita & tahu perkembangan followers tersayang.

So now I'm back! (acah acah ada orang kisah)

Alhamdulillah blog berwajah baru. Nama blog pun bertukar. No more 'The Diary of Didiey'. Sekarang guna brand baru, nama sendiri. Cewah! Uikss!! Nama ai olzzz sedap tau ^_^

Dan, dalam setiap post nak bahasakan diri sebagai 'Tira'. Dulu guna nama didiey sebab my bff panggil macam tu. Tapi sebenarnya kebanyakan kawan2 panggil dengan nama Tira. =)

Next post tira cerita pasal designer blog ni ok. Dan kenapa tira pilih dia. Oi! Dah berbulan tak update, haruslah otak bergeliga dengan idea-idea menarik (kekonon!)

Ok. Tata!

Psst~~terasa macam nak buat Giveaway lah. Hadiah dah ada kotttt. Haha!
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol